Sunday, November 9, 2014

Hati

Assalamualaikum semua! First of all, aku nak mintak maaf sebab dah lama sesangat tak post hapa-hapa dekat beloggg. Biasalah, dah nama pon pelajar. Mesti la busy memanjang. Study laa, exam laa. Yang kedua, siapa boleh teka kenapa tajuk kita harini 'hati'? Mesti takleh jawab kan? Okay, takpe lah. Sebenarnya, saja je nak share-share. Tak salah kan? ^^

Okay, sebelum kita start, nak tanya, kenal Hlovate tak? Kalau kenal, pernah baca buku-buku dia tak? Pernah baca buku Hlovate yg bertajuk Rooftop Rant?

Salah sorang watak dalam buku tu nama dia Wak Duku. Wak Duku pernah cakap macam ni,

"Kadang-kadang aku cemburu dengan org yang bukan born as Islam atau born as Muslim yang tak practise, tapi diorang dapat nikmat tu later in life. Sebab diorang tak take that thing for granted. kalau nak tengok keliling kita ni je, memang ramai yang nama je Muslim. Tapi entah berapa kerat je yang practise. Sedih betul aku tengok. Pakai nama Islam tu setakat dekat IC je. Tapi part yang lain tu memang dah wassalam"

Lepas tu, watak yang lagi sorang, Jade pon balas,

"Hati tu Allah yang pegang, Wak"

Tahu tak kenapa Jade balas macam tu? Sebaaaab, Jade pon salah sorang daripada 'mereka' dulu. 'Mereka' tu org yg bukan born as Muslim atau born as Muslim yang tak practise. Tapi Jade dah berubah. Dia berubah dengan pertolongan kengkawan sekeliling. Sebab tu lah kita kena bergaul atau berkawan dengan orang yang baik-baik.

Okay.

Betul,

Allah yang pegang hati kita.

Allah yang membolak-balikkan hati kita.

Allah yang bagi petunjuk dan hidayah.

Allah yang ketuk pintu hati kita untuk berubah.

Berubah ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Berubah ke arah pencahayaan atau kesesatan. Allah jugaklah yang memalingkan diri kalau kita yang terlebih dulu memalingkan diri daripada Dia yang patut disembah. Allah yang menyebut 'kun fa ya kun' untuk jadikan benda yang takde kepada ada. Allah tu maha hebat.

Seriously aku cakap, memang asyik tersentap je time baca buku Hlovate. So, aku cadangkan kepada sesiapa yang memang nak berubah, boleh lah baca buku Hlovate. Ecece, promote buku la pulakkk.

Jadi mungkin setakat ni je. Moga kita boleh berjumpa lagi. Doakan yang terbaik untuk aku. Yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang dari diri aku sendiri. Sekian, assalamualaikum wbt :)

No comments:

Post a Comment